Followers

Monday, 14 April 2014

Keep Moving..






Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam iman…

Alhamdulillah hari ini saya dapat menghadiri Majlis Penyampaian  Anugerah Pingat Tunku 2013 di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Saya telah “terinspirasi” dengan ucapan penerima Anugerah Pingat Tunku…sungguh bermakna kata-kata yg diluahkan, its make me wake up from my dream. Benarlah kata orang kita mampu terinspirasi dengan hanya melalui kata-kata. Mutiara kata dari salah seorang penerima anugerah yang menarik perhatian ialah "Do the best you can. Where you are. With what you have..
Dan antara lain ucapan daripada salah seorang penerima anugerah tersebut ialah kita sekarang ini berada dizaman yang sangat competitive yang mana mendapat ijazah sahaja tidak semestinya menjanjikan pekerjaan. Makin ramai graduan di luar sana yang keluar ke dunia pekerjaan masih tidak dapat pekerjaan yang mereka inginkan. Beliau menekankan  bahawa adakah mempunyai ijazah sarjana muda sahaja sudah cukup untuk menjanjikan kerja tetap,kerana jika dilihat pada zaman ini kebanyakan mentaliti pelajar yang masuk ke universiti adalah untk mendapat segulung ijazah sahaja yang ingin digunakan sebagai tiket untuk mendapat pekerjaan. Jikalau kita beranggapan sedemikian memang kita tidak akan mengambil inisiatif lain untuk memperbaiki dan mengasah bakat yang mungkin terpendam di dalam diri kita jika brada di universiti. Empat dan lima tahun kite berada di universiti harus digunakan untuk mengasah banyak lagi bakat-bakat yang lain terutamanye softskill seperti kepimpinan ,komunikasi , critical thinking, teamwork dan keusahawanan. Selain itu,  kite perlulah mengaktifkan diri dalam bidang kokurikulum supaya dapat bertanding degan graduan-graduan hasil luar negara mahupun dari graduan dari universiti-universiti lain.

Antara kata-kata beliau lagi, tidak  semestinya perlu menjadi seorang pemimpin untuk memberikan inspirasi atau inspire the people around us. Kita juga boleh memberi inspirasi kepada adik, anak mahupun kawan-kawan kita dengan menunjukkan contoh yang baik iaitu sentiasa berusaha untuk mempunyai mentaliti yang baik supaya orang disekeliling kita mendapat aura tersebut. Saya teringat akan pepatah "What ever you do, do it well. Do it so well that when people see you do it they will want to come back and see you do it again and they will want to bring others and show them how well you do what you do." 

Usaha dan kerja keras yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu adalah lebih penting kerana ia akan membina kekuatan mental kita. Sebagai contoh,  beliau merupakan seorang doktor dan setiap hari beliau melihat pesakit yang mempunyai sakit cancer. Walaupun mendapat dugaan sebegitu besar pesakit beliau still boleh memberikan senyuman. Dengan kekuatan yang ada pada mereka memberikan inspirasi kepada beliau untuk bekerja degan baik kerana mereka dalam keadaan  dugaan sebegitu besar boleh memberi senyuman kepada orang.Jadi, kite kena sentiasa poetry  the best of our self  sebab kita akan indirectly inspire the people around us. "If you have a positive attitude and constantly strive to give your best effort, eventually you will overcome your problems and find you are ready for greater challenges." (Pat Riley)

Pada pendapat saya juga tiada kejayaan yang akan kita kecapi tanpa niat yang betul untuk menuntut ilmu, usaha yang gigih, reda daripada ibu bapa dan yang paling penting kebergantungan kita kepada Allah SWT. "Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syirga." [Riwayat Muslim dalam Shahihnya (Fu'ad Abd al-Baqi)]. Serta kejayaan akan lebih bermakna andai usaha kita mampu memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. 
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia." (HR. Tirmidzi)
If we're not willing to put in the effort, don't expect anything in return. 

#keep praying for our brothers and sisters in Egypt, Syria, Palestine and also Muslims all over the world.